♥ L.O.V.E ♥

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 3, 2011

Kelebihan Di Bulan Ramadhan Yang Perlu Ketahui!



Sempena bulan puasa yang mulia ini saya ingin berkongsi kelebihan berpuasa 30 hari di bulan ramadhan.


1) Dosanya keluar seperti ia baru lahirkan ibunya.


2) Dosanya diampuni, begitu pula dosa kedua ibubapanya jika keduanya itu orang mukmin.


3) Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan:

" Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu".


4) Di beri pahala yang sama dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat,Injil,Zabur

dan Al-Quran.


5) Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.


6) Di beri pahala seperti pahala Malaikat yag tawaf di Baitul Ma'mur, batu bata serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.


7) Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.


8) Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahi ' Alaihissalam.


9) Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh nabi Muhammad S.A.W


10) Di kurniakan oleh Allah kebaikkan dunia dan akhirat.


11) Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada dosa.


12) Datang di hari khiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam

bulan purnama.


13) Datang di hari khiamat dengan eadaan aman dari segala kejahatan.


14) Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari khiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.


15) Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.


16) Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.


17) Diberi pahala seperti pahala para Nabi.


18) Diseru oleh para malaikat, "Wahai Hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu".


19) Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.


20) diberi pahala para syuhada dan salihin.


21) Di bina rumahnya dari Nur di dalam Syurga.


22) Kelak di hari khiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.


23) Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga.


24) Di beri pahala yang merupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan.


25) Dihapuskan dari seksaan kubur.


26) Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.


27) Dalam melintasi sirat (JAMABTAN) pada hari khiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.


28) Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga.


29) Diberi pahala seribu haji yang mabrur.


30) Dipanggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah - buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engau hambaku.



p/s: jangan dilupa untuk banyak bersedakah pada masjid-masjid mahupun surau-surau serta mereka yang memerlukannya.

1 comments:

Yatie Musa said...

bnyk kelebihannya kan.. time ni la nak buat amal. heee =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...