♥ L.O.V.E ♥

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 23, 2011

Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu!


Salam dan apa khabar anda semua. Kali ini Isyraq akan bercerita mengenai pengalaman bermalam di Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu. Ini adalah kali pertama Isyraq bermalam disini memandangkan Isyraq terpaksa menghadiri kursus Pusat Khidmat Kontraktor. Pada pandangan pertama saya apabila tiba disini sangatlah terkejut dengan kehadiran Hotel seperti ini. Dengan kedudukan yang strategik di tepi pantai ini memberikan suatu kedamaian apabila melihat ombak-ombak berderuan merebah pantai. Saya juga amat tertarik dengan layanan mesra yang diberikan oleh para penyambut tetamu dan staff-staff yang lain. Mereka sangat lemah lembut dan baik hati. Selain itu, parkir kereta yang cukup dan terjamin keselamatannya dengan adanya Penjaga dan rondaan Polis di kawasan sekitar ini. Makanan yang ditawarkan juga amatlah menarik dan sedap dimakan sehinggakan saya menambah sebanyak tiga kali!. Disebalik keletihan yang melanda saya sempat berendam di kolam renang dan disamping itu juga saya dapat melakukan senamam dengan adanya gym. Dimalam hari pula saya dapat melihat e-mail saya dengan adanya khidmat internet tanpa wayar. Anda hanya perlu meminta password di bahagian reception sahaja. Ikhlas saya beritahu bahawa saya tidak menyangka yang hotel bajet seperti ini mempunyai kelengkapan bertaraf 5 Bintang. Nasihat saya kepada anda semua jikalau singgah ke Terengganu jangan lupa tidur di Hotel Tanjung Vista kerana pelbagai kemudahan disediakan disamping kadar bilik yang berpatutan.

Anda boleh melayari website Hotel Tanjung Vista Kuala Terenggan dengan klik DISINI

Antara gambar-gambar dibilik saya:







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...