♥ L.O.V.E ♥

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 8, 2011

Serabut Kepala!


Salam, hye, korang pernah rasa serabut kepala ? memang stress sangatkan dah la keraj berlambak2 (na cuti lagila payah, nama je kerja sendiri). hari ni aku rasa macam nak menjerit kuat - kuat tapi fara marah plak sbb nti org ckp aku ni gila. he3. betol jugak tu. thanks anyway syg. pasal apa aku stress? sebab ada orang tu ckp nk pergi Melaka ahad ni. so aku pun on jew la. mulanya aku plan nak g hari khamis tapi diorang ckp baik pergi sekali jer. so ak jual balik tiket bas yang aku telah beli. ingatkan nak honeymoon la kat melaka memandangkan semua adik - adik aku akan balik tapi hampehh. last2 melaka tang mane honeymoon pun tang mana. selamba badak je dia ckp "tak jadi pergi, kang haritu dah bagitau" huwmmm. nak je marah tapi benda dah jadi dah. masa bila dia bagitahu pun ak x tahu la. oleh kerana aku bengang sangat harini aku off kan 2 2 hp aku. memang aku stress sabgat pertamanya dah janji dengan orang kat melaka yang kedua plak sebab ada kawan aku mintak tolong belikan barang dia kat sana.
yang aku lagi malu sbb dia dah bagi aku duit tau.
haaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
korang lain kali jangan janji kalau x sure oke! bye.

Wednesday, November 9, 2011

Rehat - rehat di Kelulut, Marang

Cantikkan pemandangannya... aku sebenarnya bukan arif sangat tentang tempat ni tapi aku
slalu datang bila kepala aku tengah serabut ke hapa ke... tapi ak datang bukan selalu la sebab bukannya SELALU kepala aku serabut kan... ehehehe... pemandangan dia memang cantik
lepas tu tenang jerr.... kalau nasib baek bleh jumpa dengan orang menjala ikan...
tApI korang jangan beranganla nak mandi ke hapa ke sebab dalam air tu memang x dalam dan satu g ada ketitir* kat dalam tu... so maknanya memang luka r kaki korang bila jalan nanti...

kebiasaan kalau orang datang sini sebab nak naik feri pergi
pulau kapas( ramai minah salleh siot) dan sewaktu
dengannya...
kat sini banyak chalet - chalet murah dan korang bleh menyewa disini selama mana korang mahu dan aku tengok harganya pun berpatutan... contohnya kat belakang kereta tu ada hotel seri malaysia...

ini ikan apa pun ak x tau tapi banyak giler terlekat kat jala pak cik sorang nih...
ikan buntal pun ada... ahahaha...

kalau korang duk sini bolehla korang berjogging skali... tempat nie mmg cantik... tapi
jangan plak korang datang kat sini nak dating... x baik berdua tau... ehehehe...
so disini sajelah kita... tengoklah pulak mcm mana minggu depan ak try bawak korang
jalan - jalan plak kye... daa...

Thursday, November 3, 2011

I Feel Broken.

Saturday, October 29, 2011

Korean Drama - Oh! My Lady


Salam, aku tahu aku lampi skit dalam bab2 cerita nie... tapi aku tetap nak share dengan korang cerita korea Oh! My Lady... memang best cerita nie... mula2 agak bosan la dengan "ahzumma" seorang perempuan yang suka je cakap kuat sampaikan aku sendiri sakit telinga... ahahaha... cerita ni pun sebenarnya kebetulan jugak aku ambil daripada hard disc gf ak... papepun korang try r layan... memang best...

Keinsaffan Terhadap Diri!

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Tuesday, October 4, 2011

iPhone 5 atau Samsung Galaxy S II


Salam
haishh... ak skang ni tengah dilema... dilema nak beli handphone baru...
oleh kerana tender jalan baru-baru ni keluar dah dapat kat aku so ak plan nak tukar handphone
baru... dah lemau pkai SE nih... ehehehe...
so ak ada try Samsung Galaxy S II... agak menarik walaupun beratnya bolehla tahan...
ak sebenarnya dari dulu lg suke kat iphone... ak masih ingat lg masa kat kolej KL dlu ak org first2 pkai iphone nih... huhuhu... mcm selebriti der... org asyik pnggil kita sbb nk
tengok hndphn... ehehehe... ak x kisah pun sbb kualiti dia terjamin... so diaorang nak maen pusing2 kerr (jgn baling - baling sudah lerr...) ...
ak x kesah...
skang nie lepas 3 tahun ak nk pkai hp apa ak pun x tau... gf ak suh bli Samsung jerr... nti sama dgn dia... tp ak x brape berkenan la dgn samsung nie... ntah lerr... tp insyallah ak nk tunggu iphone 5 dlu... klau cantik dan function menarik ak on jerr iphone....
huhuhu...

KORANG RASA MANA TERBAIK ?


Wednesday, September 7, 2011

Sehari Di Mudo'

Belum terlambat rasanya bagi Isyraq untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin. He3. Ni sebenarnya kisah sebelum raya lagi. Seminggu sebelum raya tu kami satu keluarga pergi ke Muduk kat Kelantan. Aku tak pasti nak sebut mcm mana tapi takpela yang penting ada bunyi pun dah cukup la. Kalau korang nak tahu Muduk ni dia berada di sebelah Kelantan, maknanya di Thailand. Korang perlu lintasi sempadan antara Malaysia dan Thailand dahulu tau. Kiranya bila korang pergi sana korang nie macam pendatang asing tanpa izin la. He3. Patutula pendatang tanpa izin tu tak rasa pape pun bila datang negara kita tapa passport sebab bila ak pergi sana tanpa passport ak tak rasa risau apa pun. Korang jgn la lama2 plak kat sana. Pasal keselamatan korang jgn la risau sangat sebab kat sana ada tentera belah 2 2 negara. Diorang selalu ronda - ronda. Tapi yang paling best dan mendebarkan bila kita nak menyeberang sempadan tu, dengan arus kuatnya lepas tu bot plak duk terhuyun hayang sekali tapi takpe sebab tambang dia RM1 jew.






(sorry gambar sikit je boleh upload disebabkan ditakuti menyalahi undang - undang)

Tuesday, August 23, 2011

Soalan Yang Biasa Di Tanya Apabila Bertemu Rakan - Rakan di Bazar.

Salam Ramadhan, hu3... tut tap tut tap dah 24 hari kita puasa kan... dan 24 hari jugak la kita singgah bazar ramadhan selalu (bagi student yg duk umah sewa mcm ak la)... tapi koranng perasan x bila korang jumpa kawan - kawan kat bazar ramdhan apa yang diorang selalu tanya kat korang ?
klau korang fikirkan balik ianya memang kelakar... kalau korang x caya korang tengok carta kat bawah nie >>>>>


Wednesday, August 3, 2011

Kelebihan Di Bulan Ramadhan Yang Perlu Ketahui!



Sempena bulan puasa yang mulia ini saya ingin berkongsi kelebihan berpuasa 30 hari di bulan ramadhan.


1) Dosanya keluar seperti ia baru lahirkan ibunya.


2) Dosanya diampuni, begitu pula dosa kedua ibubapanya jika keduanya itu orang mukmin.


3) Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan:

" Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu".


4) Di beri pahala yang sama dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat,Injil,Zabur

dan Al-Quran.


5) Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.


6) Di beri pahala seperti pahala Malaikat yag tawaf di Baitul Ma'mur, batu bata serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.


7) Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.


8) Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahi ' Alaihissalam.


9) Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh nabi Muhammad S.A.W


10) Di kurniakan oleh Allah kebaikkan dunia dan akhirat.


11) Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada dosa.


12) Datang di hari khiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam

bulan purnama.


13) Datang di hari khiamat dengan eadaan aman dari segala kejahatan.


14) Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari khiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.


15) Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.


16) Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.


17) Diberi pahala seperti pahala para Nabi.


18) Diseru oleh para malaikat, "Wahai Hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu".


19) Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.


20) diberi pahala para syuhada dan salihin.


21) Di bina rumahnya dari Nur di dalam Syurga.


22) Kelak di hari khiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.


23) Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga.


24) Di beri pahala yang merupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan.


25) Dihapuskan dari seksaan kubur.


26) Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.


27) Dalam melintasi sirat (JAMABTAN) pada hari khiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.


28) Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga.


29) Diberi pahala seribu haji yang mabrur.


30) Dipanggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah - buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engau hambaku.



p/s: jangan dilupa untuk banyak bersedakah pada masjid-masjid mahupun surau-surau serta mereka yang memerlukannya.

Saturday, July 23, 2011

Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu!


Salam dan apa khabar anda semua. Kali ini Isyraq akan bercerita mengenai pengalaman bermalam di Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu. Ini adalah kali pertama Isyraq bermalam disini memandangkan Isyraq terpaksa menghadiri kursus Pusat Khidmat Kontraktor. Pada pandangan pertama saya apabila tiba disini sangatlah terkejut dengan kehadiran Hotel seperti ini. Dengan kedudukan yang strategik di tepi pantai ini memberikan suatu kedamaian apabila melihat ombak-ombak berderuan merebah pantai. Saya juga amat tertarik dengan layanan mesra yang diberikan oleh para penyambut tetamu dan staff-staff yang lain. Mereka sangat lemah lembut dan baik hati. Selain itu, parkir kereta yang cukup dan terjamin keselamatannya dengan adanya Penjaga dan rondaan Polis di kawasan sekitar ini. Makanan yang ditawarkan juga amatlah menarik dan sedap dimakan sehinggakan saya menambah sebanyak tiga kali!. Disebalik keletihan yang melanda saya sempat berendam di kolam renang dan disamping itu juga saya dapat melakukan senamam dengan adanya gym. Dimalam hari pula saya dapat melihat e-mail saya dengan adanya khidmat internet tanpa wayar. Anda hanya perlu meminta password di bahagian reception sahaja. Ikhlas saya beritahu bahawa saya tidak menyangka yang hotel bajet seperti ini mempunyai kelengkapan bertaraf 5 Bintang. Nasihat saya kepada anda semua jikalau singgah ke Terengganu jangan lupa tidur di Hotel Tanjung Vista kerana pelbagai kemudahan disediakan disamping kadar bilik yang berpatutan.

Anda boleh melayari website Hotel Tanjung Vista Kuala Terenggan dengan klik DISINI

Antara gambar-gambar dibilik saya:







Tuesday, July 19, 2011

Pernah Makan Ketam Nipah!

Salam... penat yang x terkata pergi menangkap ketam nipah kat sungai
yang cetek dan berselut...
tp kan korang pernah ke tangkap ketam nipah? ak pernah... disebabkan kebuhsanan yang melampau dikala malam yang tiada kelas dan habis belajar ak ikut kawan ak pergi menangkap ketam nipah... huwmm mulanya pelik la jugak... ak tangkap ketam nipah??? mabuk ke apa... malam tu ak ingat lagi mak ak ketawa jerr bila ak ckp nk tangkap ketam nipah... dia ckp boleh ke... ehehehe... ak pun ckp la try la dlu... mlm tu kul 8 malam ak bertolak dari rumah... kemudian ak ambil kawan2 ak kat umah diorang maknanya dlm kul 8 lebih2 juga la ak bertolak... sampai jew kat sungai ak pun ikut kawan ak pkai "but" turun dalam sungai... dalam sungai tu kena hati2 sebab ada teritip... teritip tu mcm kerang r... tapi tajam gilerr... kena kaki habis darah... alatan yang kami bawak "tunjak" , but dan baldi untuk letak ketam... mulanya kekok la jugak ak jalan dlm sungai tu dgn selutnya lepas tu tangan ak plak ada kamera... tapi memang best bile jumpa ketam.. semua orang dilarang bergerakk... kemudian kawan ak kluarkan tunjak dia lepas tu tikam ketam tu... memang best sangat... malam tu ada dalam 10 ekor lebih la ketam yang kami dapat tangkap.... yang kecil kami lepaskan biarla dia besar skit kami datang balik... huhuhu...

ahahaha.. x sangka plak ni la kalau korang nak kenal nama dia belangkas...
tapi kitorang lepas balik sbb x tau nak wat ape...

haaa... dah dapat dah, kayu yang bju biru pegang tu la "tunjak"....

ni baru permulaan... eheheehe...

diorang yang sengal nilah mengajak aku pergi menangkap ketam nipah...
dari kiri shahrul, eri, godeng....

ketam ni "nakal" skit... dia ske panjat belakang orang... nak tangkap kena pakai
2 "tunjak"...

Sunday, July 17, 2011

Program anak Angkat di Felda Mengkawang Hulu Terengganu!


nie keluarga angkat aku... tapi yangs ebelah kanan tu kawan aku... iqbal...
mlm2 akibat puas ak slalu kacau dia...ehehe...

Siapa cakap hulu Terengganu tak menarik? bak sini nak cubit... huhuhu... baru-baru ni ak kena
ikut program kolej ak kat Felda Mengkawang... Mulanya ak ingatkan namanya Felda Mengkuang tapi tulah disebabkan tersalah maklumat pada awalnya... ehehehe... mcm2 aktiviti ak buat... sukaneka, ceramah, mcm2 lagi lah... pada hari pertama tu ak ingat lagi bangun jer buka pintu tengok putih kat luar... ak ingatkan ak mimpi lagi rupanya kabus la... tapi gilerr best... ak x pernah tengok g pemandangan yang mcm tu... memang terbaik arr... masa mula2 tito tu ak kekok skit sbb ak takut nak pusing2 sbb apabila ak berpusing-pusing ia kan mengeluarkan bunyi disebabkan oleh rumah kayu... tapi giler sejuk bila malam... best2... ini gambar separuh dulu ak upload nti selebihnya ak buat part2 kye...

nie time tengah rehat sebab penat gilerr mesin rumput... first time ak mesin
rumput tau... giler menarik... habis bergegar badan aku...

nie time tengah main bowling kelapa... team ak kalah sebab buah kelapa tu
mengelat...ahaha...

Friday, July 15, 2011

Ular Tedung Belakang Rumah!

Salam... korang kenal ular tedung ? bahaya kan... ular tu la tadi "usik" mak aku dengan bunyi pssst,pssst,pssst... mula2 mak ak buat x tau je dulu... bila mak ak turun jerr dari pokok nangka tuhh... terus ular tu meninggikan diri dia... pergghhh... memang giler bahaya....


masa nih ular tu dah kena kepit dengan batang paip pvc tuh...

akhirnya tamatlah riwayat ular tersebut dengan 4 kali pancung... dan akhirnya disemadikan dengan baikk...

p/s: korang tau x bunyi dia adalah yang paling menggerunkan apabila dia meninggikan kepala dia... habis meremang bullu roma aku...

Tuesday, June 14, 2011

Anonymous nak HACK MALAYSIA GOV!

Salam, ini berita terbaru yang aku baca. Pasal satu group yang digelar "ANONYMOUS" nak "HACK" laman web kerajaan Malaysia. Ramai yang tahu pasal ni namun bagi aku bila ak baca komen diorang agak mengecewakan. Rata-rata diorang seolah-olah setuju dengan apa yang akan dilakukan. Bagi ak, perkara seperti ini seumpama mencabul hak asasi manusia dan mencabul hak sesebuah negara. Ak takut sangat perkara seperti ini berlaku sebab bermacam-macam perkara teruk yang boleh berlaku.

Ini antara amaran yang diberi oleh "ANONYMOUS".


Greetings, Malaysia,


We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.


We are Anonymous.

We are Legion.

We do not forgive.

We do not forget.

Expect Us.

CREDIT TO: Pastebin

KLiK Sini untuk mengetahui sejarah "ANONYMOUS"

Friday, June 10, 2011

Seharian Di Gambang Waterpark!


Salam, selepas selalu je stress tambahan baru nie kereta accord aku kena toreh so akhirnya aku mengambil keptusan untuk bercuti ke Gambang Waterpark Kuantan. Memang hilang stress la tapi aku nak mintak maaf dengan korang semua pembaca yang aku x ambil gambar banyak atau cantik sangat. Dalam fikiran aku cuma nak enjoy je. Memang best sangat kat Gambang tu. Aku syor kan korang pergi. Korang boleh bawak budget dalam 60 ringgit jer (itu x termasuk kos korang datang darimana la). Bayaran masuk dewasa 21ringgit, kanak-kanak plak aku lupa sebab aku x bawak kanak-kanak. Nie ada serba sedikit gamabr kemeriahan kat Bukit Gambang tu.

Pondok-pondok tu korang sewa baru boleh duduk. Harga pun boleh la tahan.

Ini kat tepi pantai buatan siap ombak segala. Kat sini jugak korang boleh main bola tampar tau.

Ini top4 counter. Bukan to4 maxis, celcom tu tp to4 untuk wristband korang. to4 je RM50 dah.
wristband tu korang boleh guna untuk beli makanan cth: nasi, air dan pelampung. Bila korang pergi try la pizza kat Penguin Lagoon. best giler.

Ni plak tempat permainan kanak-kanak. Mulanya aku ingat org tua boleh main sekali tapi
salah. Org tua dibenarkan jaga budak2 jew.

Ini aku x tau nk panggil ape. Cume kat sini kita akan pusing waterpark tu, yang paling best
sekali bila lepas je ice journey korang akan merasa ombak jadian setinggi 2 meter!

Ini tempat permainan kanak-kanak no. 2 sebab td xde gelongsor.

Hah! Inilah benda alah yang paling best sekali! Korang rugi kalau xcbe! Aku siap dapat rasa
badan aku melambung bila kat bukit kedua. Apepun memang best game nih!

No Comment.

Thursday, June 9, 2011

Siapa Yang Calar Kereta Aku?

hishhh! geramnya ak... ntah sape ntah yang calarkan kereta ak smlm... bodo gler... sian kat accord ak... nasib baek la ak pergi polish hilang calar tu.... lega skit... haishh...

Monday, June 6, 2011

Hati - hati dengan Cuaca!

Salam, ak cme nk ckp yg korang berjaga-jagalah
dengan cuaca yang x berapa menentu skang... paling bahaya adalah sakit kepala...
kat Terngganu ni tiap-tiap petang ada jerr guruh tp x hujan gakk...
yang lebih membimbangkan ialah macam2 malang yang menimpa bumi...
contohnya, tsunami, gunung berapi meletus, gempa bumi, tanah runtuh, pencemaran wabak penyakit... korang pun berjaga-jaga lah yerr...
okeyla... jaga diri... salam

Sunday, May 1, 2011

Minat SUV La Plak!

HONDA CRV MUGEN

huhuhu... huwmmm... ak x tau la... tp sejak ak xcident hritu ak jd minat kat kereta2 tinggi a plak a.k..a SUV ( SPORT UTILITY VEHICLES ).... huwmm.... tp klau nk ikutkan SUV ni pun ada kelemahan dia dan kekuatan dia... tp setiap apa pun mesti adakan.... itula kita mestila pandai memilih... ehehehe...

ini sebahagian SUV yang ak berkenan:



GMC YUKON

HUMMER H3

BRABUS ML350

RANGE ROVER KAHN PROJECT
BMW X6 M HAMANN

GMC SIERRA

HOFELE PORSCHE CAYENNE CEYSTER GT 660

FORD EDGE

TOYOTA SEQUOILA

CADILLAC ESCALADE

AUDI Q7
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...