Dengan berkopiah putih dia mengagahkan kakinya memandu kereta untuk ke surau di Losong. Seorang lelaki umur pertengahan memandu dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keredhaan Allah dan berbakti kepada manusia sejagat. Tenang menghadapi segala dugaan yang telah diberikan kepadanya. Dia tetap tenang dengan segala musibah yang melanda. Sama seperti lelaki lain yang dipanggil ABAH dia amat menyayangi anak-anaknya. Dia tetap tenang walaupun mendapat tahu keputusan peperiksaan anaknya yang teruk sehinggakan menyebabkan pinjaman pembelajarannya ditarik-balik. Hari yang disangkakan jauh lagi menjelma kini tiba. Ketika melawat anaknya di Kuala Lumpur dan setelah segala amanah dan wasiat diberikan. Dia telah disahkan diserang penyakit jantung tahap akhir. Sehinggakan anaknya diberitahu jantung bapanya umpama pasir yang bila-bila masa akan hancur. Berderau darah mengalir dan dia hampir rebah namun apakan daya dia hanya mampu mendengar satu persatu perkataan yang diungkapkan sehinggakan terasa seperti hendak menampar Doktor itu kerana merasakan dia menipu. Satu ucapan terakhir yang mampu dia ingat pada masa itu dan masih terngiang-ngiang dalam kepalanya ialah “ Abah xde apa-apa tapi klau jadi sesuatu kat abah gunakan nm”. Selepas tiga hari koma dan ketika itu anaknya sedang dalam salam akhir solat isyak suatu bayangan yang sedang senyum kepadanya tiba-tiba muncul dan terlintas difikiran anaknya itu untuk segera menghabiskan doa dan menjenguk ayahnya yang dikira sedang dalam nafas terakhir. Akhirnya dia meninggal dunia. Sesuatu yang hidup pasti mengalaminya. Semoga beliau ditempatkan dikalangan-kalangan orang yang beriman dan solehah.
"ya ALLAH ampunilah segala dosa-dosanya dan tempatkanlah beliau disisimu dan
peliharakanlah beliau sebagaimana beliau mempelihara aku
tempatkanlah beliau di syurga firdausi dan kalangan orang beriman dan solehah"
amin yarabbanal alamin
al - fatihah
0 comments:
Post a Comment