♥ L.O.V.E ♥

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 18, 2012

Hobi Diecast ?

Apa itu diecast ?. Ianya adalah sebuah atau sebentuk yang menyerupai sesuatu yang besar akan tetapi "ditiru" kepada sesuatu skala yang tertentu contohnya skala 1:18 atau 1:24. Aku memang berminat dengan hobi diecast toy ni semenjak di kolej lagi namun apakan daya masa dan kewangan terbantut masa tu dan sekarang aku sudah punyai masa wang dan waktu ubtuk itu. Korang mesti terfikir mengenai jenama hot wheels ataupun maisto. Namun sebenarnya ada beberapa lagi jenama yang lain seperti:


Walaupun nampak seperti menarik dan mudah dibeli tapi apabila diteliti dan diamati ianya memang tidak ternilai dengan apa yang akan anda bayar untuk memilikinya. Aku sendiri telah membeli sebuah diecast Nissan Skyline R35 scale 1:18 dengan harga RM400 seperti gambar dibawah ni:


Perasaan teruja disamping membelinya dengan duit sendiri memang tidak dapat digambarkan lagi. Paling seronok bila korang mengambil gambar dari pelbagai sudut.

Cuba korang lawat website dibawah ni:

Apa itu DIORAMA ?

Korang tahu apa itu diorama?. Ni mesti kali pertama dengar kan. Sebenarnya dirama ini adalah sebuah gambaran mengenai sesuatu keadaan mahupun kejadian yang dibina melalui skala yang tertentu. Contoh paling mudah adalah gambaran keadaan pelan rumah yang korang biasa tengok kat promosi jualan rumah seperti gambar di bawah ni:


Menarik bukan? Akan tetapi korang pernah tak tengok diorama yang lebih kreatif daripada hanya rumah sahaja kepada sesuatu yang amat menarik dan kreatif bagi korang? Antara contohnya:



Memang sangat menarik dan kreatif tapi apa pula kaitannya dengan tuan punya blog ni iaitu aku. Sebenarnya selain menjaga tapak projek ###### aku telah mengambil peluang untuk membina diorama untuk syarikat aku. Upahnya memang lumayan. Tapi korang kena hati-hati sebab keadaan ataupun persekitaran tu akan berubah dan korang mudah rasa tidak berpuashati. Antara blog/sumber yang aku buat rujukan seperti:

http://www.stormthecastle.com
http://toyhuntersgazette.blogspot.com
http://www.ipmsstockholm.org

Sekarang ni aku tengah bercuti 2 bulan (1Bulan bergaji) dan aku ingin menggunakan masa ni untuk membina "Garage Diorama" untuk kereta diecast kesayangan aku. Memang memerlukan masa dan ketelitian yang amat tinggi untuk kepuasan dan hasil yang terbaik. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...