♥ L.O.V.E ♥

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 18, 2012

Hobi Diecast ?

Apa itu diecast ?. Ianya adalah sebuah atau sebentuk yang menyerupai sesuatu yang besar akan tetapi "ditiru" kepada sesuatu skala yang tertentu contohnya skala 1:18 atau 1:24. Aku memang berminat dengan hobi diecast toy ni semenjak di kolej lagi namun apakan daya masa dan kewangan terbantut masa tu dan sekarang aku sudah punyai masa wang dan waktu ubtuk itu. Korang mesti terfikir mengenai jenama hot wheels ataupun maisto. Namun sebenarnya ada beberapa lagi jenama yang lain seperti:


Walaupun nampak seperti menarik dan mudah dibeli tapi apabila diteliti dan diamati ianya memang tidak ternilai dengan apa yang akan anda bayar untuk memilikinya. Aku sendiri telah membeli sebuah diecast Nissan Skyline R35 scale 1:18 dengan harga RM400 seperti gambar dibawah ni:


Perasaan teruja disamping membelinya dengan duit sendiri memang tidak dapat digambarkan lagi. Paling seronok bila korang mengambil gambar dari pelbagai sudut.

Cuba korang lawat website dibawah ni:

Apa itu DIORAMA ?

Korang tahu apa itu diorama?. Ni mesti kali pertama dengar kan. Sebenarnya dirama ini adalah sebuah gambaran mengenai sesuatu keadaan mahupun kejadian yang dibina melalui skala yang tertentu. Contoh paling mudah adalah gambaran keadaan pelan rumah yang korang biasa tengok kat promosi jualan rumah seperti gambar di bawah ni:


Menarik bukan? Akan tetapi korang pernah tak tengok diorama yang lebih kreatif daripada hanya rumah sahaja kepada sesuatu yang amat menarik dan kreatif bagi korang? Antara contohnya:



Memang sangat menarik dan kreatif tapi apa pula kaitannya dengan tuan punya blog ni iaitu aku. Sebenarnya selain menjaga tapak projek ###### aku telah mengambil peluang untuk membina diorama untuk syarikat aku. Upahnya memang lumayan. Tapi korang kena hati-hati sebab keadaan ataupun persekitaran tu akan berubah dan korang mudah rasa tidak berpuashati. Antara blog/sumber yang aku buat rujukan seperti:

http://www.stormthecastle.com
http://toyhuntersgazette.blogspot.com
http://www.ipmsstockholm.org

Sekarang ni aku tengah bercuti 2 bulan (1Bulan bergaji) dan aku ingin menggunakan masa ni untuk membina "Garage Diorama" untuk kereta diecast kesayangan aku. Memang memerlukan masa dan ketelitian yang amat tinggi untuk kepuasan dan hasil yang terbaik. 



Saturday, March 24, 2012

Kisah 888 dan Lori Isuzu

Alhamdulillah, syukur ke atas nikmat yg diberi oleh Allah S.W.T .... Siapa sangka angan-angan menjadi kenyataan...
aku tidak menyangka jumlahnya amat luar biasa tapi sudah dinamakan pemberian tuhan... dalam masa seminggu je mcm2 berita yg menggembirakan aku terima... dan macam2 berita sedih aku dngr... tapi xpelah itu sememangnya lumrah hidup...

Alhamdulillah Rezeki diberi Tuhan...


CHAPTER 2

Berkat rezeki yg diberi oleh Tuhan tempoh hari, company arwah abah yg diuruskan oleh mama dan ak telah menambah
sebuah lagi lori untuk meningkatkan lg operasi kerja agar bertambah lancar dan selamat.

Ini hari ak pergi mengambilnya pulang sebelum diserahkan kepada pekerja ak.

aku secara sukarela memandunya pulang... hehehe...
memang best memandu lori ni... tapi yg pling best skali bila maen angkat2 badan lori kat belakang tu...

Monday, February 20, 2012

Bila Hati Sudah Tua !

heyy yoo! whats up with morning posting... uhuhuhu...
dah lama rasa x post cerita kat sini kan... dah lama rasanya x baca blog pinky girl
dan mcm2 blog yg slalu ak comment...
untuk pengetahuan semua, alhamdulillah selepas tamat jerr diploma ak ingat
nak terus jer kerja ngn mama tp apakan daya... mama dah suruh ak kerja dengan orang lain dulu...
skang nie ak kerja kat sebuah syarikat swasta(xleh ckp kat mana)...
huwmm... bila kerja nie bru ak dapat rasa bila hati kita sudah tua...
kita akan berfikir seperti orang tua...
kita akan bercakap seperti orang tua...
kita akan berperangai seperti orang tua...

yg penting bila kita mula kerja ak dapat rasakan perubahan seperti mula perlu dalam hidup
sebuah visi&misi.... tp yg pling ak xsangka ak akan ckp nie...

kita akan mula segan nak mintak duit dgn org tua kita...
hahaha... korang xsegan ke... ak dah mula rasa segan... huhuhu...

tp satu jerr masalah... huwmmm...

bila berjauhan jerr... rindulaaaa...

rindu kat rumah, keluarga, yg paling rindu skali buah hati...

haisshhh... sayu jer hati bila buah hati ckp "rindulaa"... rasa mcm nk ambil tiket flight terus
ke TRG... xpe syg yerr x cari yg lain dah lpas ni... sabar ekk insyallah
tahun depan masuk meminang nti kye...

okeyla, thanks for reading...


Blogger skang dah ramai yg maju, dah ramai yg boleh kupas mengenai hal-hal politik,isu semasa dan pelbagai lagi. Perubahan terbaik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...