Kejadian pokok reput tumbang di jalan Raja Chulan yang menimpa seorang lelaki Melayu Islam benar-benar menyentuh hati. Apabila kejadian ini berlaku ramai yang mula menyedari tentang bahaya pokok reput. Mungkin ramai yang tidak menyedari, kejadian seumpama ini dapat dielakkan dengan adanya pemantauan berskala ataupun pihak yang sepatutnya memantau memang wujud akan tetapi mereka terlepas pandang pada tempat terbabit. Jikalau ini berlaku mereka yang terbabit harus diperslaahkan. Kematian memang tidak dapat diramalkan namun kita sebagai manusia yang berakal dan berilmu haruslah peka pada keadaan sekeliling. Ada pepatah yang berbunyi "Mencegah adalah lebih baik daripada Mengubati" dapat kita amalkan pada negara kita yang semakin membangun dan maju. Saya merasakan yang duit rakyat daripada program ETP kerajaan boleh digunakan untuk mengatasi permasalahan ini namun, ingin saya menambah disini mengenai keadaan jalan-jalan di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur yang
AGAK teruk. Bagi saya ini sesuatu yang amat memalukan dengan keadaan jalan Kuala Lumpur yang seperti laluan lori Pokok Balak didalam hutan. Kadang-kadang saya merasakan tidak berbaloi untuk membayar cukai kerana keadaan jalan yang teruk.