♥ L.O.V.E ♥

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Rehat - rehat di Kelulut, Marang

Cantikkan pemandangannya... aku sebenarnya bukan arif sangat tentang tempat ni tapi aku
slalu datang bila kepala aku tengah serabut ke hapa ke... tapi ak datang bukan selalu la sebab bukannya SELALU kepala aku serabut kan... ehehehe... pemandangan dia memang cantik
lepas tu tenang jerr.... kalau nasib baek bleh jumpa dengan orang menjala ikan...
tApI korang jangan beranganla nak mandi ke hapa ke sebab dalam air tu memang x dalam dan satu g ada ketitir* kat dalam tu... so maknanya memang luka r kaki korang bila jalan nanti...

kebiasaan kalau orang datang sini sebab nak naik feri pergi
pulau kapas( ramai minah salleh siot) dan sewaktu
dengannya...
kat sini banyak chalet - chalet murah dan korang bleh menyewa disini selama mana korang mahu dan aku tengok harganya pun berpatutan... contohnya kat belakang kereta tu ada hotel seri malaysia...

ini ikan apa pun ak x tau tapi banyak giler terlekat kat jala pak cik sorang nih...
ikan buntal pun ada... ahahaha...

kalau korang duk sini bolehla korang berjogging skali... tempat nie mmg cantik... tapi
jangan plak korang datang kat sini nak dating... x baik berdua tau... ehehehe...
so disini sajelah kita... tengoklah pulak mcm mana minggu depan ak try bawak korang
jalan - jalan plak kye... daa...

Wednesday, September 7, 2011

Sehari Di Mudo'

Belum terlambat rasanya bagi Isyraq untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin. He3. Ni sebenarnya kisah sebelum raya lagi. Seminggu sebelum raya tu kami satu keluarga pergi ke Muduk kat Kelantan. Aku tak pasti nak sebut mcm mana tapi takpela yang penting ada bunyi pun dah cukup la. Kalau korang nak tahu Muduk ni dia berada di sebelah Kelantan, maknanya di Thailand. Korang perlu lintasi sempadan antara Malaysia dan Thailand dahulu tau. Kiranya bila korang pergi sana korang nie macam pendatang asing tanpa izin la. He3. Patutula pendatang tanpa izin tu tak rasa pape pun bila datang negara kita tapa passport sebab bila ak pergi sana tanpa passport ak tak rasa risau apa pun. Korang jgn la lama2 plak kat sana. Pasal keselamatan korang jgn la risau sangat sebab kat sana ada tentera belah 2 2 negara. Diorang selalu ronda - ronda. Tapi yang paling best dan mendebarkan bila kita nak menyeberang sempadan tu, dengan arus kuatnya lepas tu bot plak duk terhuyun hayang sekali tapi takpe sebab tambang dia RM1 jew.






(sorry gambar sikit je boleh upload disebabkan ditakuti menyalahi undang - undang)

Saturday, July 23, 2011

Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu!


Salam dan apa khabar anda semua. Kali ini Isyraq akan bercerita mengenai pengalaman bermalam di Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu. Ini adalah kali pertama Isyraq bermalam disini memandangkan Isyraq terpaksa menghadiri kursus Pusat Khidmat Kontraktor. Pada pandangan pertama saya apabila tiba disini sangatlah terkejut dengan kehadiran Hotel seperti ini. Dengan kedudukan yang strategik di tepi pantai ini memberikan suatu kedamaian apabila melihat ombak-ombak berderuan merebah pantai. Saya juga amat tertarik dengan layanan mesra yang diberikan oleh para penyambut tetamu dan staff-staff yang lain. Mereka sangat lemah lembut dan baik hati. Selain itu, parkir kereta yang cukup dan terjamin keselamatannya dengan adanya Penjaga dan rondaan Polis di kawasan sekitar ini. Makanan yang ditawarkan juga amatlah menarik dan sedap dimakan sehinggakan saya menambah sebanyak tiga kali!. Disebalik keletihan yang melanda saya sempat berendam di kolam renang dan disamping itu juga saya dapat melakukan senamam dengan adanya gym. Dimalam hari pula saya dapat melihat e-mail saya dengan adanya khidmat internet tanpa wayar. Anda hanya perlu meminta password di bahagian reception sahaja. Ikhlas saya beritahu bahawa saya tidak menyangka yang hotel bajet seperti ini mempunyai kelengkapan bertaraf 5 Bintang. Nasihat saya kepada anda semua jikalau singgah ke Terengganu jangan lupa tidur di Hotel Tanjung Vista kerana pelbagai kemudahan disediakan disamping kadar bilik yang berpatutan.

Anda boleh melayari website Hotel Tanjung Vista Kuala Terenggan dengan klik DISINI

Antara gambar-gambar dibilik saya:







Tuesday, July 19, 2011

Pernah Makan Ketam Nipah!

Salam... penat yang x terkata pergi menangkap ketam nipah kat sungai
yang cetek dan berselut...
tp kan korang pernah ke tangkap ketam nipah? ak pernah... disebabkan kebuhsanan yang melampau dikala malam yang tiada kelas dan habis belajar ak ikut kawan ak pergi menangkap ketam nipah... huwmm mulanya pelik la jugak... ak tangkap ketam nipah??? mabuk ke apa... malam tu ak ingat lagi mak ak ketawa jerr bila ak ckp nk tangkap ketam nipah... dia ckp boleh ke... ehehehe... ak pun ckp la try la dlu... mlm tu kul 8 malam ak bertolak dari rumah... kemudian ak ambil kawan2 ak kat umah diorang maknanya dlm kul 8 lebih2 juga la ak bertolak... sampai jew kat sungai ak pun ikut kawan ak pkai "but" turun dalam sungai... dalam sungai tu kena hati2 sebab ada teritip... teritip tu mcm kerang r... tapi tajam gilerr... kena kaki habis darah... alatan yang kami bawak "tunjak" , but dan baldi untuk letak ketam... mulanya kekok la jugak ak jalan dlm sungai tu dgn selutnya lepas tu tangan ak plak ada kamera... tapi memang best bile jumpa ketam.. semua orang dilarang bergerakk... kemudian kawan ak kluarkan tunjak dia lepas tu tikam ketam tu... memang best sangat... malam tu ada dalam 10 ekor lebih la ketam yang kami dapat tangkap.... yang kecil kami lepaskan biarla dia besar skit kami datang balik... huhuhu...

ahahaha.. x sangka plak ni la kalau korang nak kenal nama dia belangkas...
tapi kitorang lepas balik sbb x tau nak wat ape...

haaa... dah dapat dah, kayu yang bju biru pegang tu la "tunjak"....

ni baru permulaan... eheheehe...

diorang yang sengal nilah mengajak aku pergi menangkap ketam nipah...
dari kiri shahrul, eri, godeng....

ketam ni "nakal" skit... dia ske panjat belakang orang... nak tangkap kena pakai
2 "tunjak"...

Friday, June 10, 2011

Seharian Di Gambang Waterpark!


Salam, selepas selalu je stress tambahan baru nie kereta accord aku kena toreh so akhirnya aku mengambil keptusan untuk bercuti ke Gambang Waterpark Kuantan. Memang hilang stress la tapi aku nak mintak maaf dengan korang semua pembaca yang aku x ambil gambar banyak atau cantik sangat. Dalam fikiran aku cuma nak enjoy je. Memang best sangat kat Gambang tu. Aku syor kan korang pergi. Korang boleh bawak budget dalam 60 ringgit jer (itu x termasuk kos korang datang darimana la). Bayaran masuk dewasa 21ringgit, kanak-kanak plak aku lupa sebab aku x bawak kanak-kanak. Nie ada serba sedikit gamabr kemeriahan kat Bukit Gambang tu.

Pondok-pondok tu korang sewa baru boleh duduk. Harga pun boleh la tahan.

Ini kat tepi pantai buatan siap ombak segala. Kat sini jugak korang boleh main bola tampar tau.

Ini top4 counter. Bukan to4 maxis, celcom tu tp to4 untuk wristband korang. to4 je RM50 dah.
wristband tu korang boleh guna untuk beli makanan cth: nasi, air dan pelampung. Bila korang pergi try la pizza kat Penguin Lagoon. best giler.

Ni plak tempat permainan kanak-kanak. Mulanya aku ingat org tua boleh main sekali tapi
salah. Org tua dibenarkan jaga budak2 jew.

Ini aku x tau nk panggil ape. Cume kat sini kita akan pusing waterpark tu, yang paling best
sekali bila lepas je ice journey korang akan merasa ombak jadian setinggi 2 meter!

Ini tempat permainan kanak-kanak no. 2 sebab td xde gelongsor.

Hah! Inilah benda alah yang paling best sekali! Korang rugi kalau xcbe! Aku siap dapat rasa
badan aku melambung bila kat bukit kedua. Apepun memang best game nih!

No Comment.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...